Skip to main content

Posts

MELANCONG KE OMAN Pada tahun 2017 yang lalu, saya dan keluarga telah melancong ke negara Oman. Tujuan kami pergi ke Oman adalah untuk melawat keluarga ibu saudaraku yang telah lama menetap di sana sekaligus menimba pengalaman baru melawat negara Arab. Oman, negara yang jarang sekali disebut-sebut oleh orang ramai. Ada juga di kalangan mereka yang tidak pernah langsung mendengar tentang kewujudan negara tersebut. Aku rasa kerana negara tersebut tidaklah seperti negara-negara arab yang lain yang serba mewah, terkenal dengan kekayaan mereka. Negara Oman mempunyai keunikannya tersendiri. Ia belum lagi terpengaruh dengan unsur-unsur dan budaya dari luar. Nilai mata wang Oman ialah 1 Rial Oman bersamaan RM11 nilai mata wang Malaysia. Sungguh jauh sekali perbezaannya. Sememangnya jika ingin melawat negara ini memerlukan wang yang mencukupi kerana barangan yang dijual juga agak mahal harganya. Kami memilih penerbangan Qatar Airways untuk sampai ke sana. Penerbangan mengambil masa se...
Recent posts
13 INFO THE GREAT RETURN MARCH YANG AKAN MEMBUATKAN KITA MERENUNG PANJANG Menjelang ulangtahun The Great Return March pada 30 Mac 2019 ini (Sabtu), ada beberapa fakta yang perlu kalian tahu tentangnya : 1. Perarakan aman ini dalam bentuk demonstrasi tanpa senjata di sepanjang sempadan Gaza dan tanah jajahan Israel. Ia bermula pada 30 Mac 2018, dengan tujuan utama menuntut diangkat kepungan ke atas Gaza, diberikan hak pelarian untuk pulang ke tempat asal mereka yang telah dijajah (the right of return) dan untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan umat Islam secara khusus terhadap isu Palestin yang semakin suram. 2. Sehingga 29 Mac 2019, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan jumlah syuhada’ GRM setakat ini ialah seramai 266 orang, dan 30,398 cedera dengan kecederaan berbeza-beza. 3. Daripada jumlah ini, 255 orang adalah lelaki, dan 6 orang adalah wanita, termasuk paramedik Razan An-Najjar. Daripada jumlah tersebut juga, 50 orang adalah kanak-kanak di b...
ADIKKU SAYANG Aku mempunyai tujuh adik-beradik. Dua orang abang, dua orang kakak, dan dua orang adik. Aku mempunyai seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Adikku yang perempuan dulu dianggap paling lemah, kini menjadi seorang insan yang lebih mulia dari abang-abang dan kakaknya. Adikku yang lelaki pula memang terserlah kecerdikannya sejak kecil, dan kini sudah fasih berbahasa Arab. Aku ingin menceritakan kisah adik perempuanku. Jika kalian mahu tahu, aku sangat rapat dengan kesemua adik-beradikku kecuali abangku yang kedua. Aku juga merupakan orang yang paling rapat dengan adik perempuanku. Mana tidaknya, dari kecil lagi kami dianggap sepasang kembar oleh mata-mata yang melihat kerana wajah kami yang seakan-akan mirip sekali. Pakaian kami juga pasti sama jika kemana sahaja kami pergi. Kami juga berkongsi bilik dari dulu sehingga kini. Pada 19 April yang lalu, adikku telah pun melanjutkan pelajarannya ke Mesir dalam bidang Ijazah Pengajian Islam (Syariah) di Univer...
[PEMBUNUHAN DEIR YASSIN 9 APRIL 1948] Pada hari ini 71 tahun yang lalu, sekitar 120 ahli pertubuhan militan bawah tanah Yahudi menyerbu perkampungan Arab Deir Yassin dan membunuh sehingga 250 penduduk, termasuk wanita dan kanak-kanak. Peristiwa di barat Baitulmaqdis pada 9 April 1948 itu merupakan salah satu pembunuhan paling kejam dalam sejarah konflik di Palestin, di mana mangsa-mangsa disembelih, dipotong anggota badan mereka serta dirogol, dan mereka yang terselamat diarak di sepanjang kawasan kejiranan Yahudi sebelum dibunuh. Pembunuhan kejam itu berlaku susulank konflik berakhirnya Mandat British di Palestin. Pada bulan November 1947, PBB telah mencadangkan pembahagian Palestin kepada dua negara berasingan bagi Arab dan Yahudi, dan Baitulmaqdis ditadbir oleh sebuah badan antarabangsa. Namun, ia ditolak oleh bangsa Arab yang menyebabkan keadaan semakin tegang. Deir Yassin merupakan sebuah kawasan yang aman, dengan 400 orang penduduk, sehinggakan ia tidak terliba...
Berikan pandangan tentang acara Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019, buku apakah yang perlu dibeli dan dibaca oleh seseorang mahasiswa? Baru-baru ini telah berlangsung acara PBAKL di  Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pada pandangan saya, pesta buku ini memang wajar diadakan pada setiap tahun. Hal ini dapat menggalakkan warga Malaysia supaya rajin membaca buku kerana di pesta buku ini terdapat potongan harga yang sangat murah. Ianya membuka peluang untuk rakyat Malaysia supaya membeli lebih banyak buku untuk dibaca. Buku-buku yang perlu dibeli dan dibaca oleh mahasiswa adalah seperti buku pendidkan, karya-karya Sasterawan Negara, Ensiklopedia sains, dan pelbagai lagi. Hal ini kerana, buku-buku seperti ini dapat memberikan ilmu yang baru serta bermanfaat buat mahasiswa.
Berikan komentar tentang Wacana Sasterawan Negara. Pada pendapat saya, wacana Sasterawan Negara amatlah berharga sejak dahulu sehingga kini dan akan datang. Hal ini kerana, karya-karya mereka sangatlah berbeza jika dibandingkan dengan karya-karya penulis biasa yang hanya mencipta karya-karya seperti novel popular. Kebanyakkan karya-karya seperti ini hanya sesuai untuk golongan dewasa kerana kadangkala terdapat unsur kata yang tidak enak untuk dibaca. Lebih malang lagi, novel seperti ini kebiasaannya akan dibeli dan dibaca oleh golongan bawah umur dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi pemikiran mereka. Berbeza pula dengan wacana Sasterawan Negara yang lebih menitikberatkan unsur pengajaran di dalamnya. Karya-karya mereka juga wajar diangkat kerana dengan itu tidak akan hilang warisan Melayu yang selama ini disanjung oleh nenek moyang kita. Karya-karya mereka sering terdapat unsur tradisi seperti cerpen, puisi, sajak, dan pelbagai lagi.
Berdasarkan isu semasa tempatan dan dunia, sila berikan pandangan tentang hubungannya dengan ilham dalam pengkaryaan. Pada pandangan saya, isu semasa tempatan dan dunia mempunyai hubungan dengan ilham dalam pengkaryaan. Hal ini kerana ilham yang hadir untuk mencipta sesebuah karya adalah melalui keadaan di sekeliling kita. Sebagai contoh isu semasa tempatan iaitu isu LGBT yang hangat diperkatakan di negara kita buat masa ini yang telah mencemarkan nama baik negara Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam. Penulis boleh mendapat ilham untuk mencipta sebuah karya melalui isu seperti ini. Contoh isu di dunia pula adalah seperti isu serangan Israel ke atas Kota Palestin yang telah membuka mata dunia dan membangkitkan kemarahan oleh umat Islam. Karya yang terhasil daripada isu ini akan mendapat sambutan oleh pembaca kerana terdapat banyak pengajaran di dalamnya.